Anda Pengunjung Ke:

Al-Quran Terjemahan

Hadis Muslim

Wednesday, April 29, 2009

Sudahkah Anda Membuat Income Tax??




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada anda semua diluar sana.. Sudahkah anda membuat income tax?? Esok adalah tarikh akhir untuk anda semua menghantar borang. Jadi kepada semua yang belum segeralah berbuat demikian sebelum apa2 tindakan dikenakan ke atas diri anda. Bak kata pepatah beringat sebelum kena.

Di sini dulu untuk peringatan buat anda semua penggemar blog Putra Faizal. Jumpa dan jumpa lagi.. Cherrio papai...

Saturday, April 25, 2009

Program Pelancaran Rakan Muda Untuk Sekolah Menengah Negeri Melaka

Salam buat semua pengunjung dan peminat setia blog putera faizal. Diharapkan anda semua terkhabar sihat hendaknyer. Pada hari ini putera faizal terlibat dengan program belia dan sukan. Putera Faizal telah dilantik untuk menguruskan pertandingan paintball bagi pelajar-pelajar sekolah menengah. Program ini telah berlangsung di Pusat Kokurikulum Melaka. Banyak aktiviti-aktiviti yang diperkenalkan kepada semua pelajar-pelajar yang terlibat di dalam pelancaran program ini. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah flying fox, wall climbing, paintball, pameran-pameran dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik. Tahniah kepada semua peserta dan jurulatih yang terlibat dalam menjayakan program ini. Di sini dulu.. Semoga jumpa dan jumpa lagi.. Cherrio papai..

Monday, April 20, 2009

Kembali Beraksi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua peminat dan pengujung blog Putra Faizal ribuan ampun maaf kerana sudah lama blog ini tidak diupdate. Buat masa sekarang putra faizal sentiasa sibuk dengan tugasan di tempat kerja hinggakan tidak sempat untuk menulis diblog. InsyaAllah blog ini akan sentiasa dikemaskini dan diperbaharui dari semasa ke semasa. Untuk pengetahuan semua, putra faizal sekarang tengah sibuk study untuk menduduki exam RAE yang akan diadakan pada 24 Jun 2009. Nak tahu apa tu RAE?? RAE tu sebenarnya singkatan dari Radio Amatur Exam lebih kurang mcm tu la.. Hee..heee.. Ini pun adalah salah satu hobi baru yang menjadi kegilaaan putra faizal buat masa sekarang. Jadi boleh la kita berkongsi maklumat serba sedikit di blog ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda semua bolehlah search kat mana-mana untuk mendapatkan maklumat. Semudah 1 2 3.. Taip saja perkataan radio amatur di mana-mana carian pasti akan keluar beribu-ribu maklumat. Maklumlah dunia di hujung jari.. Di sini dulu semoga jumpa dan jumpa lagi.. Cheerio..

Bidvertiser

Advertlets

Nuffnang