Anda Pengunjung Ke:

Al-Quran Terjemahan

Hadis Muslim

Wednesday, January 21, 2009

Nokia 5800 Xpress Music Kini Sudah Di Pasaran Malaysia



Nokia 5800 Xpress Music kini sudah berada di pasaran Malaysia. Handphone ini boleh dibeli dengan harga RM1499.00. Nokia 5800 Xpress Music ini menggunakan teknologi skrin sesentuh. Memang canggih dan menambat hati saya. Saya juga telah membeli dan memilikinya. Selain itu, Nokia 5800 ini juga dilengkapi dengan kamera 3.2 megapixel, 3G, WiFi, GPS dan pelbagai lagi aplikasi yang tidak akan mengecewakan anda. Kepada individu yang gemar kepada music dan video mungkin handphone ini adalah yang paling best kerana sound yang dimuatkan di dalam handphone ini memang power. Dalam erti kata lain rasailah kehebatannya bila anda memilikinya. Nie bukan nak promote tapi sekadar berkongsi pengalaman. Saya juga masih lagi dalam golongan pengguna baru dan belum pasti penyakit yang bakal melanda handphone ini. Semoga tiada masalah dan kerumitan yang berlaku terhadap aplikasi dalam handphone nie. Setakat ini saja dulu. Semoga berjumpa lagi.

Wednesday, January 14, 2009

Bersama menentang kekejaman Israel dan Amerika

KEMPEN menentang kekejaman Israel dan anti Amerika semakin kuat diadakan di Malaysia… hari ini, di merata tempat dan masjid seluruh negara khususnya selepas selesai solat Jumaat mengadakan demonstrasi anti Israel…
Di Kota Bharu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas kuliah mingguannya mengetuai demonstrasi memijak bendera dan membakar poster pemimpin Amerika dan Israel… kutipan derma bagi mengisi tabung rakyat Palestin turut dilancarkan.



Demonstrasi menentang Israel di Dataran Ilmu, Kota Bharu
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, mulai hari ini selama tiga minggu berturut-turut, semua kutipan derma solat Jumaat di seluruh negara perlu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam negeri masing-masing untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.
Isu palestin bukan isu politik… ia juga bukan isu agama… ia isu kemanusiaan dan menentang kekejaman…
Rakan-rakan blogger, marilah kita bersama-sama berkempen menentang kekejaman Israel dan memboikot barangan serta produk Israel, Amerika dan sekutunya yang menyokong Yahudi… Ada yang mahu cari penembak tepat untuk menamatkan riwayat Presiden Amerika dan Israel (http://manlukeman.wordpress.com)… Ada yang menunjukkan produk apa yang perlu diboikot (http://azranfitri.blogspot.com) dan ada juga yang memaparkan kenyataan Coca-Cola Malaysia yang kononnya sudah banyak membantu orang Islam seluruh dunia (http://syahrilkadir.wordpress.com)… malah ada yang berjuang melalui sajak (http://sangbayupermatanusantara.blogspot.com)…
Saya bangga dengan rakan-rakan blogger sekalian, siapalah kita untuk menentang mereka… apalah daya kita insan kecil yang tak mampu angkat senjata berjuang bersama-sama di medan perang… cuma dengan cara yang tak seberapa inilah kita membantu rakyat Palestin… Allahuakbar!

Senarai produk Israel dan Amerika boleh lihat di http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Artikel nie diambil dari ruangan isu semasa rakan blog. 73 Cerrior Papai..

Tesco Juga Menyokong Kepada Israel????

Artikel Ni Saya Dapat Dari Email:


Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News
(www.ljn.co.uk) diedarkan secara percuma di semua
cawangan Tesco di seluruh England ..

Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan
secara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel.

Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga
Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco
diambil daripada nama isterinya Tessa Cohen.

Di samping mempromosi produk Israel di rangkaian
pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah
membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian
Israel yang berjumlah jutaan dollar.

Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal
dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah
Perkuburan Yahudi Willesden, London , England .

Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat
"search" di internet dengan menaip "Tesco Jewish" dan
anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi
yang dikaitkan dengan Tesco.

Keputusan di tangan anda sekiranya anda mahu menyokong
Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila
anda membeli belah di Tesco.

Saya juga sering memang beli barang di TESCO, tapi saya memang boikot tak beli barang jenama TESCO!

Palestin: Tanggungjawab Persaudaraan Dan Kemanusiaan

Disiarkan pada Jan 04, 2009

Pembunuhan ganas yang dilakukan oleh Yahudi Israel di Gaza, Palestin amat memilukan. Ia bukan sahaja mencabar perasaan persaudaraan Islam atau ukhuwwah islamiyyah kita, bahkan ia mencemar dan mengotori nilai kemanusiaan sejagat.
Ketika artikel ini ditulis sudah hampir 400 rakyat Gaza yang dibunuh kejam. Di mana Amerika yang kononnya berjuang memerangi pengganas? Pelindung Israel tersebut pantang ada kegiatan yang dianggap ganas yang dilakukan mereka yang mendakwa muslim terus sahaja dia akan besar-besarkan dan tindakan memeranginya secara membabi buta akan dilancarkannya.
Namun setiap kali Israel melakukan keganasan, dialah yang akan mempertahankannya. Tidak jika Amerika itu digelar syaitan. Bahkan ketika Gaza diserang ganas oleh Israel ketika ini, Bush mengistiharkan HAMAS itulah pengganas. Malanglah umat Islam jika masih ingin mengharapkan dari Amerika.
Demokrasi yang kononnya hendak dijuarai oleh Amerika di dunia Arab hanyalah permainan politik semata. Umpamanya Mesir, sekalipun tampuk kuasa yang ada pada hari ini meminggirkan demokrasi dan mengkhianatinya, namun tampuk tersebut terus dipertahankan oleh Amerika disebabkan berbagai kepentingannya.
Antaranya, Mesirlah pada hari ini yang menghalang kemasukan bantuan melalui sempadannya dengan Palestin. Sukar bagi syaitan berwatak malaikat. Saya tidak pasti dengan lobi Yahudi yang kuat dalam politik Amerika, apakah Obama akan mampu berbuat sesuatu?
Beberapa hari saya menyertai demontrasi membantah kekejaman Israel di hadapan Kedutaan Israel di London. Bersama saya Saudara Maszlee Malik yang sedang menyiapkan Ph.D di sini. Beliau banyak menulis dan membabitkan diri dalam isu-isu Palestin. Juga Saudara Wan Saiful Wan Jan, orang melayu yang aktif dalam politik British dan menjadi calon Parti Liberal Konservatif di UK ini.
Ramai yang menyertainya. Bukan sahaja orang Islam dan Arab, turut sertai juga mereka yang bukan muslim yang terdiri daripada ‘orang putih dan tidak putih’ UK ini. Dato’ Seri Shahidan Kassim yang sekali lagi datang ke London juga turut hadir.
Selama seminggu demonstasi berjalan di London. Bukan sahaja di hadapan Kedutaan Israel, orang ramai turut berdemontrasi di hadapan Kedutaan Mesir kerana negara tersebut menutup sempadannya untuk bekalan makanan dan ubatan disalurkan kepada rakyat Palestin.
Hari Sabtu (hari artikel ini ditulis) demontrasi besar di seluruh London akan diadakan. Bantahan dibuat untuk menyelamatkan rakyat Palestin. Ia melepasi batasan kepuakan atau kepartian yang sempit. Jika sesiapa yang hendak membantah Israel pun masih nak kempen parti, ternyata otaknya sama dengan Israel.
Demonstrasi sebegini, mempunyai peranannya yang tersendiri. Saya juga mengharapkan umat Islam dan masyarakat dunia mengadakannya. Ya, bagi umat Islam sepatutnya tugasan kita lebih besar daripada sekadar tunjuk perasaan. Kita diwajibkan membantu saudara seislam kita yang ditindas atau dikejami dengan harta dan nyawa kita.
Firman Allah: (maksudnya)
“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. (Surah al-Nisa, ayat 75-76).
Berdasarkan ini, kata al-Imam al-Jasas (wafat 370H):
“Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri (kaum muslimin) dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin” (Abu Bakr al-Jasas, Ahkam al-Quran, 4/312, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-`Arabi).
Namun atas kekangan keadaan yang ada. Ramai para pemimpin umat Islam yang tunduk kepada kehendak Amerika, lalu mereka menjadi pelindung secara langsung atau tidak langsung kepada Israel. Lihat sahaja Mesir yang sanggup menutup sempadannya sehingga bantuan makanan dan ubatan tidak dapat sampai kepada rakyat Palestin, sehingga rakyat Palestin tidak dapat melepaskan diri kekejaman Israel.
Kita umat Islam menjadi umat yang tidak terdaya. Bukan sahaja bertindak, bahkan bersuara pun ramai yang takut. Tidak ramai pemimpin seperti Tun Mahathir Mohamad yang lantang dan berani untuk mengkritik dan berusaha membantah Amerika dan Israel. Ramai yang lain bergantung rahmat kepada Amerika. Bahkan bukan sedikit yang sedang ‘mengidam kerusi kuasa’ bertawakal harap dari Amerika.
Maka, di saat ini, sekurang-kurangnya demontrasi, atau apa sahaja bantahan yang tidak bercanggahan dengan Islam hendaklah dilakukan oleh umat Islam yang tidak berkemampuan. Demikian juga bantuan kewangan. Di Malaysia, sepatutnya mereka yang memegang tampuk-tampuk pentadbiran agama, sama ada yang berada di atas kerusi politik, atau istana perlu menjadi kelompok yang paling lantang membantah dan menghulurkan bantuan.
Saya terharu ketika berjumpa dengan sekumpulan wanita British yang tidak beragama Islam, mengikat serban Palestin di tengkok mereka dan memberitahu kami mereka akan mengambil cuti seminggu untuk menyertai bantahan terhadap Israel. Mereka mengedarkan risalah tentang kekejaman Israel.
Malanglah, jika yang mereka yang seperti ini membantah Israel, tetapi golongan yang diberikan amanah menjaga agama tenggelam dalam keempukan takhta dan membisu seribu bahasa. Di mana pula Majlis Fatwa Kebangsaan ketika ini? Tidak adakah fatwa tentang apakah kewajiban umat Islam dalam isu Palestin? Setelah berletihan dengan isu yoga dan pengkid, tidakkah mahu difikirkan isu Palestin pula?
Jika tidak, malanglah bagi umat Islam yang terdedah kepada dunia berita dan maklumat, tiba-tiba tidak mengambil endah tentang apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab muslim membela saudara-mara kita kaum muslimin. Sabda Nabi s.a.w:
“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim)
Islam bersikap adil. Islam tidak pernah menyatakan setiap mereka yang tidak menganut Islam itu adalah musuh Islam. Demonstrasi di seluruh dunia pada hari ini turut dilakukan oleh mereka yang bukan Islam. Islam hanya bermusuh dengan mereka yang melancarkan permusuhan dan kezaliman kepada umat Islam. Samada permusuhan itu atas kebencian kepada agama ini, atau atas sikap yang ingin menzalimi orang lain.
Kemudian, Islam tidak menerima dan membantah kezaliman di mana sahaja ia dilakukan. Samada ke atas muslim atau bukan muslim, samada kepada insan atau binatang dan alam. Kita membantah kekejaman ke atas saudara seakidah kita di Palestin atas nama Islam dan kemanusiaan. Orang lain membantah atas dasar kemanusiaan.
Jika mereka yang bukan Islam dizalimi, kita tetap akan membantah atas dasar Islam dan kemanusiaan. Ini kerana prinsip Islam merangkumi prinsip kemanusiaan sejagat. Namun jika ada yang langsung tidak membantah, maka dia tiada prinsip Islam dan prinsip kemanusiaan.

Sedarkah Anda Atau Tidak Anda Sedari??



Senarai di atas adalah beberapa jenama barangan yang menyumbang kepada Israel. Sekiranya anda adalah penggemar kepada jenama-jenama di atas berusahalah untuk memboikot dan menggunakan jenama yang lain. Elakkanlah diri anda dari bersubahat ke arah menghancurkan Islam yang tercinta. Berhijrahlah anda kepada sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri anda. Biarlah membeli mendapat pahala dan kepuasan daripada membeli mendapat dosa dan cela. Sekian dulu dari saya putra-faizal. Semoga berjumpa lagi. Takbirr!!

Marilah Kita Bersama-sama Menadah Tangan Berdoa..

"Ya Allah! Sebagaimana Kau Pernah Menghantar Burung-Burung Ababil Menghancurkan Tentera Bergajah Musyrikin, Maka Kami Memohon Padamu Ya Allah, Turunkanlah BantuanMu kali ini Kepada Orang-Orang Islam Di Palestin, Hancurkanlah Rejim Zionis Sedahsyat-Dahsyatnya...Amin."

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009



Selamat tahun baru 2009 kepada semua pembaca dan pengunjung blog putra-faizal sekalian. Syukur pada Tuhan kerana dengan izinNya, jari-jemari putra-faizal masih lagi dapat menari di papan kunci, menitipkan salam di hari pertama tahun 2009.Segala onak duri dan pengalaman pahit manis yang telah kita lalui di tahun 2008 pastinya akan diambil sebagai iktibar dan pengajaran.

Mengenangkan segala kenangan dan perjalanan hidup sepanjang 2008, putra-faizal rasa sayu dan terharu kerana segalanya cukup berharga buat saya. Andai dapat saya undurkan masa, ingin sekali saya merubah segala kesilapan… Namun, mana mungkin segalanya itu akan dapat kembali lagi.

Semoga tahun 2009 akan memberi sinar harapan dan kebahagiaan yang berterusan buat anda semua. Ciptalah azam dan tekad untuk terus mengorak langkah dengan lebih gagah dan tabah untuk mencipta kejayaaan yang lebih gemilang. Moga-moga kejayaan dan kecemerlangan dapat kita kecapi bersama-sama.

Putra-Faizal sebagai pengarang Chot Zone 4 U ingin memohon maaf seandainya tulisan putra-faizal di tahun 2008 yang lalu menyentuh hati dan mengguris perasaaan pembaca sekalian.

Terima kasih kerana masih lagi setia untuk berkongsi rasa dan kehangatan dunia IT, Business, Info, dan Muzik bersama saya.

Bidvertiser

Advertlets

Nuffnang