Anda Pengunjung Ke:

Al-Quran Terjemahan

Hadis Muslim

Wednesday, July 10, 2013

PENGENALAN TENTANG WINDOWS 8

Windows 8 merupakan sistem pengendalian keluaran Microsoft bagi kegunaan komputer peribadi, termasuklah komputer meja rumah dan perniagaan, komputer riba, tablet dan PC teater rumah. Ia adalah sebahagian daripada keluarga sistem pengendalian Windows NT serta menggantikan Windows 7. Pembangunan sistem pengendalian ini bermula sebelum pelancaran pendahulunya pada tahun 2009. Kewujudannya pertama kali diumumkan pada Januari 2011 semasa Pertunjukan Elektronik Pengguna. Semasa pembangunan dan fasa ujiannya, Microsoft melancarkan tiga versi pra-pelancaran: Previu Pembangun (September 2011), Previu Pengguna (Mac 2012), serta Previu Pelancaran (Mei 2012). Pada 1 Ogos 2012, Windows 8 sudah melepasi peringkat pembangunan dan dilancarkan untuk pengilang. Windows 8 dijangkakan boleh didapati pada 26 Oktober 2012. Windows 8 dibina berdasarkan bahasa reka bentuk Metro serta memperkenalkan satu bentuk baharu “perisian gaya Windows 8“, yang hanya boleh didapati melalui Windows Store. Windows 8 turut menampilkan skrin Start baharu, Internet Explorer 10, sokongan asli untuk USB 3.0, Windows Defender serba baharu yang menentang perisian jahat, Windows To Go, serta sokongan bagi UEFI SecureBoot, yang turut menimbulkan kontroversi.
Windows 8 boleh didapati dalam empat edisi utama: Windows 8, Windows 8 Pro, Windows 8 Enterprise, dan Windows RT. Tiga edisi terawal mempunyai keperluan perkakasan yang sama seperti Windows 7. Edisi terakhir pula dijalankan pada komputer tablet dengan seni bina ARM dan mempunyai keperluan perkakasan berbeza. Vendor perkakasan yang sudi menerima pensijilan Microsoft bagi peranti keluaran mereka perlu memenuhi beberapa keperluan pensijilan. Windows 8 Enterprise dan Windows RT tidak boleh didapati di kedai-kedai jualan biasa.
paparan pengurusan sistem terbaru windows 8
LEBIH ringan dan nipis sehingga kehadirannya hampir tidak dirasai menjadikan Samsung ATIV S pilihan terbaik buat mereka yang mengambil berat soal penampilan dan gaya. ATIV S merupakan antara telefon pintar yang dihasilkan oleh Samsung bagi mencari kelainan dalam barisan gajet pintar tersebut. Selain reka bentuk, sistem operasi telefon itu turut ditukar kepada Windows Phone 8 berbanding Android yang sering digunakan sebelum ini. Hanya setebal 8.7 milimeter (mm) menjadikan ATIV S sangat nipis dan ringan dan terasa amat janggal bagi mereka yang menggunakannya buat pertama kali. Selain nipis, paparan skrin seluas 4.8 incinya juga memudahkan penggunaan ATIV S sebagai medium untuk membaca e-mel e-book mahupun apa jua laman web kesukaan pengguna. Skrin LCD dengan teknologi AMOLED, HD (1,280 x 720) bersama Corning Gorilla Glass 2 menjadikan paparan lebih terang dan jelas biarpun anda berada di bawah terik mentari. Pancaran matahari berjaya diserap dengan baik sekali gus mengurangkan pantulan cahaya serta kesan silau ke arah pemiliknya. ATIV S dijana oleh pemproses 1.5GHz dual-core Snapdragon CPU yang mana telefon tersebut memiliki cukup kuasa untuk melaksanakan tugasan berat yang diterima daripada sistem operasinya. Samsung menawarkan dua pilihan storan simpanan iaitu 16GB dan juga 32 GB. Selain itu, ATIV S juga menawarkan kemampuannya menerima pelbagai sambungan seperti NFC (Near Field Communication) untuk bayaran wayarles dan pindahan data serta memiliki Bluetooth dan WiFi (menyokong sambungan jalur 2.4GHz dan 5GHz).

Hantar Kad Raya Sebelum 2 Ogos 2013

KUALA LUMPUR 10 Julai - Pos Malaysia menasihatkan orang ramai agar mengirimkan kad ucapan Hari Raya sebelum 2 Ogos, untuk memastikan kad tersebut sampai kepada penerima sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pos Malaysia Berhad dalam kenyataan hari ini berkata, syarikat itu akan terus menawarkan kadar sama rata 50 sen bagi penghantaran kad raya kepada mana-mana bahagian di Malaysia, agar lebih ramai boleh menghantarnya kepada rakan dan anggota keluarga, pada kadar yang lebih murah daripada pos biasa. "Kadar promosi 50 sen akan ditawarkan mulai 8 Julai hingga 16 Ogos. Kadar ini terpakai untuk semua saiz kad ucapan Hari Raya yang beratnya tidak melebihi 50 gram," menurut kenyataan itu. Pos biasa sebelum promosi untuk mel standard yang beratnya kurang 20 gram ialah 60 sen dan 70 sen bagi mel berat di bawah 50 gram, menurut kenyataan itu. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Shukrie Mohd Salleh berkata, pihaknya memahami trend perubahan rakyat Malaysia yang memilih alternatif lain berkomunikasi seperti melalui media sosial, telefon bimbit dan gajet elektronik. "Bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia masih menghargai sentuhan peribadi untuk menghantar kad ucapan fizikal untuk mengucapkanya kepada rakan dan orang tersayang," menurut kenyataan itu. - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130710/dn_45/Hantar-kad-raya-sebelum-2-Ogos---Pos-Malaysia#ixzz2YeMXkZsJ © Utusan Melayu (M) Bhd

Bidvertiser

Advertlets

Nuffnang