Anda Pengunjung Ke:

Al-Quran Terjemahan

Hadis Muslim

Wednesday, July 10, 2013

LEBIH ringan dan nipis sehingga kehadirannya hampir tidak dirasai menjadikan Samsung ATIV S pilihan terbaik buat mereka yang mengambil berat soal penampilan dan gaya. ATIV S merupakan antara telefon pintar yang dihasilkan oleh Samsung bagi mencari kelainan dalam barisan gajet pintar tersebut. Selain reka bentuk, sistem operasi telefon itu turut ditukar kepada Windows Phone 8 berbanding Android yang sering digunakan sebelum ini. Hanya setebal 8.7 milimeter (mm) menjadikan ATIV S sangat nipis dan ringan dan terasa amat janggal bagi mereka yang menggunakannya buat pertama kali. Selain nipis, paparan skrin seluas 4.8 incinya juga memudahkan penggunaan ATIV S sebagai medium untuk membaca e-mel e-book mahupun apa jua laman web kesukaan pengguna. Skrin LCD dengan teknologi AMOLED, HD (1,280 x 720) bersama Corning Gorilla Glass 2 menjadikan paparan lebih terang dan jelas biarpun anda berada di bawah terik mentari. Pancaran matahari berjaya diserap dengan baik sekali gus mengurangkan pantulan cahaya serta kesan silau ke arah pemiliknya. ATIV S dijana oleh pemproses 1.5GHz dual-core Snapdragon CPU yang mana telefon tersebut memiliki cukup kuasa untuk melaksanakan tugasan berat yang diterima daripada sistem operasinya. Samsung menawarkan dua pilihan storan simpanan iaitu 16GB dan juga 32 GB. Selain itu, ATIV S juga menawarkan kemampuannya menerima pelbagai sambungan seperti NFC (Near Field Communication) untuk bayaran wayarles dan pindahan data serta memiliki Bluetooth dan WiFi (menyokong sambungan jalur 2.4GHz dan 5GHz).

No comments:

Bidvertiser

Advertlets

Nuffnang