Anda Pengunjung Ke:

Al-Quran Terjemahan

Hadis Muslim

Tuesday, December 16, 2008

Muat turun Video dari Youtube ke Komputer

Memuat turun video dari youtube ke komputer

Youtube.com merupakan laman web yang menawarkan penyimpanan video dan memaparkan kepada awam secara percuma. Namun buat masa ini, youtube hanya membenarkan menonton sahaja tetapi tidak membenarkan muatturun dari laman webnya. Terdapat beberapa laman web yang menawarkan khidmat memuat turun video dari youtube secara percuma yang mempunyai pilihan menukar format video popular seperti avi atau mpg. Di bawah ini ada disediakan cara untuk memuat turun dan menyimpan fail video yang anda kehendaki dan selepas ini anda tidak perlu lagi memasuki YouTube setiap kali mahu menonton video kegemaran anda.

Langkah 1
Buka laman web http://youtube.com dan carilah video pilihan anda di laman tersebut.




Langkah 2

Jika telah berjumpa klik link video tersebut anda akan melihat video akan di paparkan seperti gambar di bawah. Untuk dapatkan kod url video tersebut, klik link Share. Kemudian, sila copy URL (seperti yang di tunjuk oleh anak panah di bawah). Untuk tutorial ini saya akan menggunakan video Faizal Tahir dengan url:

http://www.youtube.com/watch?v=9Bqk1Zrg9CA



Langkah 3

Buka browser dan masukkan alamat http://www.mediaconverter.org/ dan pastekan url yang anda copy dari video yang anda mahukan (Lihat gambar di bawah) di ruang yang disediakan dan klik butang Next.



Langkah 4

Jika ada perubahan fail yang ingin dilakukan, anda boleh lakukan disini.

Untuk menukar dan mendapatkan jenis format fail video, pergi ke select a file type dan anda boleh pilih fail avi atau mpg untuk jenis video yang biasa digunakan. Kemudian klik Next


Langkah 5

Jika ada perubahan yang ingin dilakukan anda boleh lakukan disini.

Jika tiada anda boleh teruskan dengan klik Next.




Langkah 6

Pada langkah ini, laman web ini akan melakukan proses menukar format youtube(flv) ke format video di server mereka. Anda hanya perlu tunggu hingga selesai.



Langkah 7

Setelah selesai, klik link Download it now.



Terdapat juga 10 laman web yang menawarkan muatturun video youtube tapi kebanyakkannya menawarkan muatturun fail .flv yang memerlukan player fail tersebut.

Sebagai informasi tambahan dibawah ini disenaraikan laman-lamn web tersebut :

1. YouTubeX - www.youtubex.com

2. KeepVid - keepvid.com

3. VideoDownloader - javimoya.com/blog/youtube_en.php

4. YouTube Downloads - www.downloadandsaveyoutubevideos.info

5. Zamzar - www.zamzar.com

6. YouTubia — www.youtubia.com

7. VidGrab - www.vidgrab.com

8. Vixy - vixy.net

9. Hey! Watch- heywatch.com

10. KcoolOnline - www.kcoolonline.com

No comments:

Bidvertiser

Advertlets

Nuffnang